Milo_(minuman)
Milo_(minuman)

Milo_(minuman)


Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya.