Mimi_Fly

Shamimi Amalina binti Norisham (lahir 15 Disember 1986) atau lebih dikenali sebagai Mimi Fly adalah merupakan penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi sejak 2008 bersama-sama dengan kumpulan One Nation Emcees selepas mereka menjuarai Gangstarz musim kedua.[1] Beliau juga merupakan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan tersebut. Namun pada tahun 2019 beliau telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut setelah mereka selesai menyertai Gegar Vaganza 6. [2]