Minangkabau
Minangkabau

Minangkabau

Atas: Adityawarman, Rohana Kudus, Imam Bonjol, Rasuna Said, Agus Salim.
Orang Minangkabau (Bahasa Melayu: Minangkabau; Jawi: ميناڠكاباو) merupakan kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi Sumatera Barat, separuh darat Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, bahagian selatan Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan juga Negeri Sembilan di Malaysia sebagai daerah rantau luar Indonesia.[3] Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah yang diwariskan oleh anak perempuan daripada ibu, sementara urusan agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau,kebanyakan mereka tinggal di Negeri Sembilan dan juga Johor. Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.Orang Minangkabau sangat menonjol di bidang perniagaan, sebagai profesional dan intelektual. Mereka merupakan pewaris terhormat dari tradisi tua Kerajaan Melayu dan Sriwijaya yang gemar berdagang dan dinamik.[4] Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan Masakan Padang, yang sangat digemari di Negaranya Iaitu Indonesia, Bahkan sampai ke seluruh mancanegara salah satunya Malaysia.[5]

Minangkabau

Malaysia 538,826
Riau 535,000
Indonesia (2000 census) 5,475,000[2]
Sumatera Barat 3,747,000
Jakarta 265,000
Sumatera Utara 307,000
Jawa Barat 169,000
Jambi 132,000

Rujukan

WikiPedia: Minangkabau http://www.melayuonline.com%7Ctitle=Sejarah http://www.antara-sumbar.com/id/index.php?sumbar=p... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/383458/M... http://www.rajaalihaji.com/id/article.php?a=YURIL3... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/on.cu... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/the.c... http://www.tempointeraktif.com/hg/caping/1979/06/0... http://www.tourismnegerisembilan.com/about/ http://palantaminang.wordpress.com/ http://urangminang.wordpress.com/