Satu
minit adalah satu
unit bagi
masa yang bersamaan dengan 1/60
jam dan juga 60
saat. (Sesetengah minit yang jarang-jarang berlaku mempunyai 59 atau 61 saat; lihat
saat lompat.) Untuk tujuan-tujuan saintifik, minit adalah satu
unit bagi
masa yang adalah bersamaan dengan kira-kira 1/1600
hari, atau 54
saat (lebih tepat lagi, 53.9121 saat). Ia dikenali sebagai
minit semula jadi untuk membezakannya daripada minit konvensional. Ia adalah bersamaan dengan 1045
masa Planck.Dalam bidang
geometri, seminit adalah satu
unit bagi
sudut, iaitu 1/60
darjah. Ia kemudiannya juga dikenali sebagai satu
minit sudut atau
minit lengkok, dan boleh dibahagikan selanjutnya kepada 60
saat lengkok.Dalam bidang
astronomi, minit adalah satu unit sudut dan masa, 1/60 sejam
jarak hamal. Ia kemudiannya dikenali sebagai
minit jarak hamal, dan seterusnya boleh terbahagi kepada 60 saat jarak hamal.Simbol untuk satu minit masa (atau jarak hamal) adalah
min.Simbol untuk satu minit lengkok adalah satu
prima (′). Misalnya, lima belas minit boleh ditulis sebagai 15′. Walau bagaimanapun, koma atas atau tanda petik tunggal ('), adalah lebih biasa digunakan.
Bumi berputar mengelilingi
paksi kutubnya melalui lima belas minit lengkok dalam setiap minit masa. Satu minit lengkok
Khatulistiwa Bumi adalah kira-kira satu
batu nautika.Sejam mengandungi 60 minit berkemungkinan disebabkan pengaruh daripada tamadun
Babylon, yang menggunakan sistem pembilangan
asas 60.