Kegunaan Minyak_bahan_api

Minyak mempunyai banyak kegunaan. Ia memanaskan rumah dan kedai dan sebagai bahan api bagi lori, kapal dan kereta. Sejumlah kecil eletrik dihasilkan menggunakan diesel, tetapi ia lebih mencemar dan mahal berbanding gas asli. Ia sering kali digunakan sebagai bahan api sokongan kepada logi kuasa puncak sekiranya bekalan gas asli terganggu atau sebagai bahan api utama bagi generator eletrik kecil. Di Eropah kegunaan diesel biasanya dihadkan kepada kereta (sekitar 40%), SUV (sekitar 90%), dan lori (hampir kesemuanya). Pasaran bagi minyak bahan api rumah, dikenali sebagai minyak pemanas, telah menurut akibat penguasaan gas asli. bagaimanapun ia adalah biasa bagi sesetengah kawasan, seperti di Timur laut Amerika Syarikat.

Minyak bahan api sisa kurang berguna kerana ia sungguh pekat sehinggakan ia perlu dipanaskan dengan sistem pemanas khas sebelum ia dapat digunakan dan ia mengandungi sejumlah besar pencemaran, terutama belerang, yang membentuk sulfur dioksida apabila terbakar. Bagaimanapun, ciri-ciri yang tidak diingininya turut menjadikannya amat murah. Malah, ia merupakan bahan api cecair paling murah. Disebabkan ia perlu dipanaskan sebelum digunakan, minyak bahan api sisa tidak boleh digunakan bagi kenderaan jalanan, bot, atau kapal kecil, kerana peralatan pemanas memakan ruang dan menjadikan kenderaan berat. Memanas minyak ini juga merupakan perkara remeh, yang kurang sesuai untuk kegunaan kenderaan kecil, bergerak pantas. Bagaimanapun logi tenaga dan kapal besar mampu menggunakan minyak bahan api sisa.

Minyak bahan api sisa juga lebih kerap digunakan pada satu masa dahulu. Ia menjalankan dandang, kereta api, dan kapal wap. Kereta api kini menggunakan diesel, dan kapal wap masih menggunakannya tetapi tidak secara meluas seperti sebelumnya disebabkan kos operasi yang tinggi, (kebanyakan pengangkut LNG dan LPG menggunakan logi wap sebagai gas sisa / buangan dari kargo boleh digunakan sebagai sumber bahan api), dan kebanyakan dandang kini menggunakan minyak pemanas dan gas semulajadi. Bagaimanapun, sesetengah dandang pengilangan masih menggunakannya dan begitu juga sesetengah bangunan lama, terutama di Bandaraya New York. Kegunaan bahan api sisa bagi penghasilan eletrik turut merosot. Pada tahun 1973, minyak bahan api sisa menghasilkan 16.8% daripada jumlah eletrik di Amerika Syarikat. Menjelang 1983, ia jatuh kepada 6.2%, dan sehingga 2005, penghasilan eletrik dari semua bentuk petrolium, termasuk diesel dan bahan api sisa, hanyalah 3% dari keseluruhan penghasilan. Kemerosotan ini disebabkan oleh saingan harga dengan gas semulajadi dan sekatan persekitaran ke atas pencemaran. Bagi logi tenaga, kos memanaskan minyak, kawalan pencemaran tambahan dan penyelenggaraan tambahan yang diperlukan selepas menggunakannya melebihi kos bahan api murah. membakar minyak, terutamanya minyak bahan api sisa, turut menghasilkan asap lebih tebal berbanding gas asli, yang memberi kesan kepada penerimaan logi oleh masyarakat.


Piawaian dan pengelasan

Minyak bahan api perkapalan secara tradisi dikelaskan menurut kelikatannya. ia merupakan kriteria paling sesuai bagi kualiti minyak selagi minyak dihasilkan menurut penyulingan atmosphere. Hari ini, hampir kesemua minyak marin berasaskan atau sebahagiannya dari proses penyulingan yang lebih maju dan kelikatannya itu sendiri mungkin tiada kaitan dengan kualiti minyak itu sendiri. Dua index telah dimajukan iaitu CCAI dan CII yang menggambarkan kualiti nyalaan ("ignition quality") sisa bahan api, dan terutamanya CCAI seringkali dikira bagi bahan api marin.

Kepadatan juga merupakan tatarajah penting bagi minyak bahan api kerana bahan api marin ditulinkan sebelum diguna, bagi menyingkir air dan kekotoran dari minyak.Disebabkan penulinan menggunakan kuasa pemusatan ("centrifugal force"), minyak perlu memiliki kepadatan yang berbeza dari air. Penulin lama mempunyai maksima 991kg/m3; dengan penulin moden turut mampu menulinkan minyak dengan kepadatan 1010kg/m3.

Piwaian minyak bahan api British standard mula digunakan pada 1982. Piwaian terbaru adalah ISO 8217 semenjak 2005. Piwaian ISO menggambarkan kualiti bahan api disuling dan 10 kualiti bahan api sisa. Bertahun berikut piwaian semakin ketat bagi perkara penting kepada alam sekeliling seperti kandungan belerang ("sulfur"). Piwaian terbaru turut melarang penambahan minyak pelincir (ULO).

Sebahagian minyak bahan api marin menurut ISO8217 (3. ed 2005):

Minyak Bahan Api Marin
ParameterUnitLimitDMXDMADMBDMC
Kepadatan pada 15°Ckg/m3Max-890.0900.0920.0
Kepadatan pada 40°Cmm²/sMax5.56.011.014.0
Kepadatan pada 40°Cmm²/sMin1.41.5--
Air% V/VMax--0.30.3
Belerang1% (m/m)Max1.01.52.02.0
Aluminium + Silikon2mg/kgMax---25
Tahap nyala3°CMin43606060
Tahap tuang, Musim panas°CMax-066
Tahap tuang, Musim Sejuk°CMax--600
Tahap Berkeladak°CMax-16---
Index Pengiraan CetaneMin454035-

1. Max kandungan belerang adalah 1.5% dalam bahagian ditetapkan.
2. Nilai aluminium+silikon digunakan bagi memeriksa baki pada katalyst selepas ("catalytic cracking"). Kebanyakan katalyst mengandungi aluminium atau silikon dan sisa katalyst mampu menyebabkan kerosakan enjin.
3. Tahap nyalaan bagi kesemua bahan api digunakan dalam bilik enjin sepatutnya sekurang-kurangnya pada 60°C (DMX digunakan bagi perkara seperti genarator kecermasan dan biasanya tidak digunakan dalam bilik enjin).

Sisa Bahan api Marine
ParameterUnitLimitRMA 30RMB 30RMD 80RME 180RMF 180RMG 380RMH 380RMK 380RMH 700RMK 700
Kepadatan pada 15°Ckg/m3Max960.0975.0980.0991.0991.0991.0991.01010.0991.01010.0
Kelikatan pada 50°Cmm²/sMax30.030.080.0180.0180.0380.0380.0380.0700.0700.0
Air% V/VMax0.50.50.50.50.50.50.50.50.50.5
Belerang1% (m/m)Max3.53.54.04.54.54.54.54.54.54.5
Aluminium + Silikon2mg/kgMax80808080808080808080
Tahap nyala3°CMin60606060606060606060
Tahap tuang, musim panas°CMax6243030303030303030
Tahap tuang, musim Sejuk°CMax0243030303030303030

1. Max kandungan belerang adalah 1.5% dalam bahagian ditetapkan.
2. Nilai aluminium+silikon digunakan bagi memeriksa baki pada katalyst selepas ("catalytic cracking"). Kebanyakan katalyst mengandungi aluminium atau silikon dan sisa katalyst mampu menyebabkan kerosakan enjin.
3. Tahap nyalaan bagi kesemua bahan api digunakan dalam bilik enjin sepatutnya sekurang-kurangnya pada 60°C (DMX digunakan bagi perkara seperti genarator kecermasan dan biasanya tidak digunakan dalam bilik enjin).