Minyak_pati
Minyak_pati

Minyak_pati

Minyak pati merupakan sejenis minyak, yakni cecair hidrofobik pekat yang meruwap pada suhu bilik yang diperoleh daripada sebatian-sebatian kimia tumbuhan. Perkataan "pati" dalam frasa "minyak pati" merujuk terhadap kenyataan bahawa minyak tersebut mempunyai "pati" bau-bauan sesebuah tumbuhan.[1]Minyak pati biasanya dihasilkan melalui proses penyulingan, terutamanya kaedah penyulingan stim. Minyak ini biasanya digunakan dalam minyak wangi, kosmetik serta perisa makanan. Selain itu, minyak pati juga biasanya digunakan dalam aromaterapi, sejenis perubatan alternatif di mana kesan-kesan pemulihan tertakluk kepada sebatian-sebatian aromatik. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan bukti kukuh bahawa minyak pati berkesan untuk memulihkan sebarang penyakit meskipun berguna untuk merehatkan seseorang.[2] Penggunaan minyak pati yang tidak betul boleh menyebabkan kesan alahan serta kegatalan dan membahayakan kanak-kanak.[3][4]