Mira_Nair
Mira_Nair

Mira_Nair

Mira Nair (lahir 15 Oktober 1957) ialah seorang pembikin filem India-Amerika berpangkalan di Bandar Raya New York.[1] Syarikat penerbitannya, Mirabai Films, mengkhususkan dalam filem untuk penonton antarabangsa mengenai masyarakat India, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial atau budaya. Antara filem terkenal beliau ialah Mississippi Masala, Kama Sutra: A Tale of Love, The Namesake, pemenang Singa Emas Monsoon Wedding, dan Salaam Bombay!, yang menerima pencalonan untuk Anugerah Akademi Filem Bahasa Asing Terbaik dan Anugerah BAFTA untuk Filem Terbaik Bukan dalam bahasa Inggeris.