Miranda_Cosgrove
Miranda_Cosgrove

Miranda_Cosgrove

Miranda Taylor Cosgrove (lahir 14 Mei 1993)[4] atau lebih dikenali sebagai Miranda Cosgrove ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Kerjayanya di dunia hiburan Amerika Syarikat bermula pada usia 3 tahun dengan beberapa kemunculan iklan komersial. Kemunculan pertama Cosgrove di layar lebar tiba pada 2003, apabila beliau memegang watak Summer Hathaway dalam School of Rock. Beliau muncul dalam beberapa peranan televisyen kecil selama beberapa tahun sebelum meraih kejayaan sebagai Megan Parker dalam siri televisyen Nickelodeon, Drake & Josh. Pada 2007, beliau memegang peranan sebagai Carly Shay, watak utama dalam sitkom remaja Nickelodeon iCarly, yang mana beliau membintanginya sehingga 2012. Sehingga Mei 2010, Cosgrove meraih $180,000 setiap episod iCarly, menjadikan beliau pelakon kanak-kanak kedua yang menerima bayaran tertinggi di televisyen, dan pada 2012 telah disenaraikan di Guinness World Records sebagai pelakon kanak-kanak dengan bayaran tertinggi.[5][6] Cosgrove juga meminjamkan suaranya untuk watak Margo dalam filem animasi Despicable Me (2010) dan kesinambungannya pada 2013. Pada tahun itu, Cosgrove berlakon dalam pengenalan televisyen NBC bertajuk Girlfriend in a Coma, yang tidak disiapkan selepas Christina Ricci meninggalkan penerbitan itu. Pada 2016, beliau berlakon dalam sitkom NBC Crowded.[7]Dalam bidang muzik, Cosgrove melancarkan album runut bunyi iCarly (2008), sebuah album runut bunyi untuk siri itu yang mana beliau menyanyikan empat lagu. Pada 2009, beliau melancarkan EP sulungnya, About You Now.[8] Album sulung Cosgrove, Sparks Fly, dikeluarkan pada April 2010, diikuti oleh EP keduanya, High Maintenance, pada tahun berikutnya. Single utama EP itu, "Dancing Crazy", ditulis oleh Avril Lavigne, menduduki nombor 40 di carta US Billboard Adult Pop Songs dan menduduki nombor 100 di carta Billboard Hot 100.[9]

Rujukan

WikiPedia: Miranda_Cosgrove http://elbazardelespectaculo.blogspot.com.ar/2011/... http://nickalive.blogspot.com.ar/2008/08/nickelode... http://febreteen.com.br/2013/12/miranda-cosgrove-c... http://www.meuspremiosnick.com.br/vencedores/ http://mirandacosgrove.com.br/exclusivo-informacoe... http://www.allmovie.com/work/325914 http://www.allmusic.com/album/r1385020 http://www.amazon.com/iCarly-iSoundtrack-Music-Ins... http://a1.phobos.apple.com/us/r1000/037/Music/fa/e... http://www.billboard.com/articles/photos/live/4679...