Miri
Miri

Miri

Miri ialah bandaraya di Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia. Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputera Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini. Bandaraya ini dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh, Kedayan , Lun Bawang/Lun Dayeh dan lain-lain lagi.Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.Antara tempat yang menarik di Miri ialah Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu dan Taman Buaya.