Mirmo_Zibang!

Mirmo Zibang! (atau Pari-Pari Yang Pentingkan Diri: Mirmo De Pon! (わがまま☆フェアリー ミルモでポン!, Wagamama Fearī Mirumo de Pon!)) adalah siri manga dan anime dari Jepun. Kartun animasi ini telah disiarkan di Malaysia menerusi saluran TV3 dan TV9.Mirmo mula mencapai sambutan hangat di Japan pada tahun 2001 setelah dilancarkan sebagai komik bersiri dalam majalah manga perempuan peneraju oleh Shogakukan, Ciao. Mirmo kemudian dilancarkan sebagai siri animasi di TV Tokyo dari April 2002 hingga September 2005. Mirmo telah banyak berjaya di Jepun, memenangi anugerah manga "Children's Group" tahunan ke-27 anjuran Kodansha, dan juga anugerah oleh TV Tokyo bagi rancangan baru berating tinggi pada tahun 2003.