Mitosis
Mitosis

Mitosis

Mitosis ialah proses pembahagian nukleus sel eukariot untuk menghasilkan dua sel anak yang mengandungi kromosom yang seiras dengan kromosom induk (mempunyai bilangan dan jenis kromosom yang sama dengan sel induk).Mitosis terlibat dalam proses pertumbuhan, penjanaan semula, dan penggantian sel sel rosak atau lama. Mitosis berlaku dalam semua sel soma, iaitu sel-sel tubuh organisma selain daripada sel-sel gamet (set pembiakan seperti sperma dan ovum). Mitosis berlaku dalam sel tumbuhan dan sel haiwan pada tisu-tisu khusus.