Moana_(filem_2016)

Moana ialah filem animasi fantasi-muzikal 2016 dari Amerika Syarikat yang bertemakan pengembaraan. Filem ini diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Ia merupakan filem animasi Disney yang ke-56. Diarahkan oleh Ron Clements dan John Musker serta dibantu oleh Don Hall dan Chris Williams, filem ini menampilkan Auli'i Cravalho sebagai Moana serta menonjolkan suara Dwayne Johnson, Rachel House, Temuera Morrison, Jemaine Clement, Nicole Scherzinger, dan Alan Tudyk. Filem ini juga mempersembahkan muzik yang ditulis oleh Lin-Manuel Miranda, Opetaia Foa'i, dan Mark Mancina.Filem ini mengisahkan Moana, seorang anak perempuan ketua suku di kepulauan Polinesia, yang dipilih oleh lautan untuk menyatukan kembali azimat mistik dengan dewi pulau. Apabila satu bencana menimpa pulaunya, Moana mempersiapkan diri untuk berlayar mencari Maui, seorang pahlawan dikatakan berkuasa separa dewa, dengan harapan dia dapat membantu menyelamatkan orang-orangnya.

Moana_(filem_2016)

Bahasa Inggeris
Cerita oleh
Lakon layar oleh Jared Bush
Muzik oleh
  • Mark Mancina
  • Lin-Manuel Miranda (lagu)
  • Opetaia Foa'i (lagu)
Disunting oleh Jeff Draheim
Pengarah
  • Ron Clements
  • John Musker
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penerbit Osnat Shurer
Pecah panggung $641.9 juta[3]
Mula ditayangkan 14 November 2016 (2016-11-14) (AFI Fest)
November 23, 2016 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan 107 minit
Dibintangi oleh
Negara
  • Amerika Syarikat
Pengedar Walt Disney Studios
Motion Pictures
Perbelanjaan $150 juta[1][2]