Mobile_Suit_Gundam_00
Mobile_Suit_Gundam_00

Mobile_Suit_Gundam_00

Mobile Suit Gundam 00 (機動戦士ガンダム00, Kidō Senshi Gandamu Daburuō) adalah siri anime televisyen terkini dalam keluarga Gundam terbitan Sunrise.[1] Siri tersebut mula disiarkan pada 6 Oktober 2007 di saluran MBS dan TBS pada setiap hari Sabtu pukul 6.00 petang (waktu Jepun), menggantikan siri Terra e....[2][3]Ia diarah oleh Seiji Mizushima dan ditulis oleh Yōsuke Kuroda, manakala watak-wataknya direka oleh Yun Kōga. Siri tersebut mula-mula diumumkan oleh Sunrise di dalam iklan trailer 15 saat semasa siaran anime Terra e... pada siaran 2 Jun 2007.[1][2][3] Seperti anime Code Geass terbitan Sunrise, Gundam 00 akan disiarkan sebanyak 2 musim, dengan 25 episod pada musim pertama. Pada 13 Julai 2008, satu trailer mengumumkan dua puluh lima episod musim kedua telah ke udara. Musim kedua telah bermula pada 5 Oktober 2008 dan disimpulkan pada 29 Mac 2009. Satu filem sambungan dirancang untuk tahun 2010.[4]Mobile Suit Gundam 00 adalah siri Gundam pertama yang disiarkan dalam format definisi tinggi.[5]

Rujukan

WikiPedia: Mobile_Suit_Gundam_00 http://www.moonphase.cc/ http://www.animenewsnetwork.com/convention/2007/mo... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-06-02/mo... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-11-17/gu... http://www.animenfo.com/animetitle,4058,kvhsht,kid... http://gundam00.bandai-ent.com/setsuna.php http://aeug.blogspot.com/2007_07_01_archive.html#4... http://aeug.blogspot.com/2007_08_01_archive.html#1... http://www.famitsu.com/anime/news/2007/06/14/681,1...