Mobutu_Sese_Seko
Mobutu_Sese_Seko

Mobutu_Sese_Seko

Mobutu Sese Seko (nama lahir: Joseph-Désiré Mobutu; 14 Oktober 1930 – 7 September 1997) merupakan diktator dan Presiden Republik Demokratik Congo (yang dinamakan beliau sebagai Zaire pada tahun 1971) dari 1965 sehingga 1997. Beliau turut menjadi Pengerusi Pertubuhan Perpaduan Afrika (Organisation of African Unity) antara tahun-tahun 1967 dan 1968.Pemerintahan Mobutu dikenali kerana pemborosan dan korupsi yang sangat berleluasa; di mana beliau banyak membelanjakan kekayaan dari hasil bumi Zaire demi membangunkan projek megah persendiriannya ketika kebanyakan rakyatnya hidup dalam kemiskinan.[1] Beliau turut cuba menghapuskan semua pengaruh Barat dalam negara itu bukan sahaja sebagai pembentuk suatu identiti kebangsaan yang mengatasi semangat kepuakan dalam kalangan warga Zaire, tetapi juga sebagai suatu pengukuhan terhadap bentuk pemimpinannya.[2] Tambahan lagi, suatu kultus individu diwujudkan pada tahap yang sangat melampau sehingga pada suatu tahap di mana tiada sesiapapun yang boleh dinamai selain Mobutu dalam siaran berita.[3][4]Beliau digulingkan Perikatan Angkatan Demokratik untuk Pembebasan Congo-Zaïre pimpinan Laurent-Désiré Kabila dalam Perang Congo Pertama.[5] Beliau melarikan diri dari negara itu mulanya ke Togo dan kemudiannya ke Maghribi di mana beliau menghabiskan sisa hidupnya. Beliau meninggal dunia akibat barah prostat di Rabat pada 7 September 1997.