Modal

Dalam ekonomi, modal, barangan modal, atau modal sebenar adalah faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan, yang dirinya sendiri tidak digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia mungkin susut nilai dalam proses pengilangan. Barang modal mungkin didapati dengan wang ataupun modal kewangan. Pada sebarang masa, jumlah modal fizikal boleh dirujuk sebagai saham modal, penggunaan yang berbeza dengan saham modal dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepada fungsi pengeluaran.Dalam kewangan dan perakaunan, modal pada umumnya merujuk kepada kekayaan kewangan yang disimpan, terutama yang digunakan bagi memulakan atau mengekalkan sesuatu perniagaan. Konsep kewangan modal diterima oleh kebanyakan entiti bagi penyediaan laporan kewangan mereka. Di dalam konsep kewangan bagi modal, seperti wang dilabor atau kuasa membeli yang dilabor, modal adalah sama dengan nilai aset bersih atau ekuiti sesuatu entiti. Dalam konsep fizikal bagi modal, seperti keupayaan beroperasi, modal dianggap sebagai keupayaan pengeluaran berdasarkan entiti, sebagai contoh, unit pengeluaran sehari.[1]Terdapat empat jenis modal iaitu;