Kontroversi Mohamed_Azmin_Ali

Minah Ronggeng

Pada 27 Mei 2009, Malaysiakini melaporkan bahawa timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berulangkali menggelar Aminah Abdullah seorang calon bebas, sebagai ‘Minah Ronggeng' kerana mendakwa bahawa tuduhan Aminah mengenai tawaran sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti itu tidak berasas sama sekali. [9][10]

Saham RM8.5 juta

Pada 14 November 2009, beliau menafikan beliau, isteri serta iparnya membeli saham bernilai RM8.5 juta seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Pemuda MIC yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran. Vicneswaran mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Sepanjang tempoh tiga tahun mulai 1992, Azmin didakwa telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham manakala jumlah saham yang dibeli Shamshida mencecah RM8.5 juta.[11] Sehingga awal 2010, tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah/umum bagi menyokong dakwaan tersebut. beliau dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk bertindak melalui prosiding undang-undang terhadap pihak yang membuat kenyataan tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil oleh beliau.

Dakwaan seks

Pada April 2012, Azmin Ali mendakwa bahawa pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada dirinya. Antaranya, video yang memaparkan seorang lelaki bersama seorang wanita di dalam tandas melakukan seks oral dan modus operandi ini sama yang digunakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Dakwaan turut dilemparkan ke atas isterinya yang kononnya diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemuas nafsu dan anaknya yang didakwa sebagai anak Anwar Ibrahim, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham . Kemudiannya beliau dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan semasa Bersih 3.0 beliau dituduh mencetuskan provokasi.[12]

Azmin Ali, isteri serta anak perempuannya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Hasil ujian DNA menyebut Azmin dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak mereka. 'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). ' [13]

Pada 2 Jun 2012, rumah Azmin Ali di Taman Bukit Antarabangsa menjadi sasaran 50 pemuda dipercayai dari Ampang. Mereka membawa plakad dan melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah".[14]

Perihal Azmin Ali dan Wan Azizah

Azmin Ali dan Wan Azizah dikatakan mempunyai isu berkaitan politik mereka dan kehidupan peribadi. Pertengkaran antara Azmin dan ahli keluarga Anwar diketahui oleh orang ramai sejak Azmin cuba untuk menunjukkan kuasa beliau sebagai Naib Presiden parti. [15] Baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat bercanggah pendapat di mana satu kumpulan perakaran untuk Azmin Ali, dan yang lain menyokong Wan Azizah dan Anwar Ibrahim[16].

Azmin Ali Dan Che Tom Yahaya

Azmin Ali dikatakan telah meninggalkan ibunya dan memutuskan hubungan dengan keluarganya. Ibunya Che Tom berasa sangat sedih dan merayu dan memohon supaya Azmin Ali pulang bertemu dengannya. Che Tom secara terbuka menyatakan bahawa beliau selalu berdoa agar anaknya itu bebas dari cengkaman Anwar Ibrahim. Manakala Ummi Hafilda Ali menyatakan bahawa jika Azmin memutuskan hubungan dengan Anwar Ibrahim, dia dengan senang hati mahu menghentikan kempen beliau terhadap abangnya. [17]

Semburit

Pada Aidil Fitri tahun 2019, Azmin Ali dikaitkan dengan video semburit HD yang didakwa melibatkan beliau dan Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Kejadian tersebut dikenalpasti berlaku pada bulan Ramadhan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dimenangi DAP.

Kejadian itu mempopularkan semula istilah Bahasa Melayu Klasik, semburit. Perkataan semburit yang menarik perhatian ramai susulan isu penyebaran video seks tersebut disarankan tidak perlu ditukar hanya kerana dianggap tidak senonoh atau kurang menyenangkan. Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan berpendapat, istilah semburit yang membawa maksud persetubuhan sesama lelaki mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bertepatan dengan perbuatan yang dilakukan.[18]

Pada 13 Jun 2019, Haziq dalam satu kenyataan mengakui sebagai individu di dalam rakaman video seks sejenis dengan seorang lelaki yang tular di media sosial. Malah, Haziq mengakui bahawa seorang lagi lelaki yang bersamanya dalam rakaman berkenaan adalah seorang menteri kanan.

Selepas tular dua klip video seks sejenis Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang menteri kanan Kabinet, muncul pula dalam laman YouTube manakala versi penuh menerusi laman pornografi, Pornhub.[19]

Memetik laporan portal The Star, video yang bertajuk ‘No Way’ itu dalam Youtube dipercayai dimuat naik pada lewat malam.

Adik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali mendakwa rakyat tidak berminat untuk mengetahui dalang disebalik penyebaran video berkenaan sebaliknya, rakyat mahu tahu siapa pelaku dalam video tersebut dan perlu diseret ke muka pengadilan. Ummi Hafilda juga mendakwa pernah membawa abangnya itu ke hospital setelah dubur Azmin berdarah akibat disemburit oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.[20]

Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dikenal pasti sebagai ahli politik yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung skandal video seks, yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.[21]

Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks membabitkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki dikatakan mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tulen. Bagaimanapun, beliau memaklumkan CyberSecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Hamid memberitahu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung ketulenan video berkenaan selepas lawatan kerja di Markas Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan.[22]