Mohamed_Mahbob
Mohamed_Mahbob

Mohamed_Mahbob

Dato Mohamed Bin Dato Mahbob ( DK 1, SPMJ, DPMJ,SMJ,CMG) adalah Menteri Besar Johor Ke-2 (16 Julai 1920 - 1 September 1922) selepas Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (1886 - Julai 1920). Selepas Dato Mohamed ialah Dato' Abdullah Jaafar (September 1923 - 1928). Dato Mohamed menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1906-1914) sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917-1919.Dato Mohamed menjadi Timbalan Menteri Besar Johor selepas Datuk Bentara Dalam Ibrahim b Haji Abdullah Munsyi meninggal dunia.Dato Mohamed mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di Telok Belanga Singapura.[perlu rujukan] Pada tahun 1872 Dato Mohamed mula berkhidmat di pejabat Residen Negeri Negeri Selat. Pada tahun 1880 Almarhum Sultan Abu Bakar memanggil beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat sebagai guru. Pada April 1883 Dato Mohamed bersama Dato Bentara Luar Mohd Salleh Bin Perang dan Mr W Hole telah mengiringi Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Jepun dan China .Beliau banyak menberi sumbangan dalam sistem pendidikan di Johor.[perlu rujukan] Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato’ Mohamed dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.[perlu rujukan]