Kerjaya Mohamed_Noah_Omar

Selepas pulang ke tanahair, beliau telah ditawarkan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat perniagaan milik seorang warga Denmark yang berniaga membeli susu getah di Jalan Bakri, Bandar Maharani, Muar.

Kemudian, pada bulan Julai 1920, beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Johor sebagai kerani di Mahkamah Tinggi Muar.

Beliau meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang selepas itu dan telah dilantik sebagai pegawai kerajaan Johor pada 15 Julai 1928 Majistret kelas II di Mahkamah Muar.

Pada bulan Januari 1934, beliau telah ditukarkan ke Mersing sebagai Majistret dan sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah.

Beliau sekali lagi telah ditukarkan ke Muar pada 4 Januari 1936 sebagai Penolong Kanan Pemungut Hasil Tanah.

Beliau sekali lagi telah berpindah ke Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Daerah Mersing pada 1 Julai 1939 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1942.

Kemudian, menjadi Majistret di Batu Pahat pada 1959. Seterusnya beliau menjadi pengutip cukai di Jabatan Tanah Johor, Pegawai Daerah dan jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan awam adalah sebagai Yang di-Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama Johor. [3] Beliau bekerja dengan Jabatan Perkhidmatan Awam selama 30 tahun, iaitu sejak 1920.