Mohamed_Noah_Omar
Mohamed_Noah_Omar

Mohamed_Noah_Omar

Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar, atau Noah Beirut, dilahirkan pada 13 Ogos 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor, merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama (1 September 1959 - 29 Februari 1964) dan Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga (24 Februari 1969 - 28 Julai 1970). Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Parlimentari Komanwel. Selepas bersara, beliau menjadi Pengarah Genting Highlands Sdn Bhd, sebuah pusat perjudian di Gunung Ulu Kali.[1]Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 bagi kawasan Johor Bahru Timur, negeri Johor (1958-1964). Ketika itu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Mohamed_Noah_Omar

Lahir Mohamed Noah bin Orang Kaya Omar
(1897-08-13)13 Ogos 1897
Bandar Maharani
Muar Johor
Tempat persemadian Makam Pahlawan, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Bekas Ahli Parlimen
Didahului oleh Jawatan Baharu
Digantikan oleh Syed Esa Alwee
Pasangan Puan Sri Maimun binti Haji Abdul Manaf
Hubungan Anwar Abdul Malek (Sepupu)
Hussein Mohd Taib (Besan)
Onn Jaafar (Besan)
Abdul Razak Hussein (Menantu)
Hussein Onn (Menantu)
Najib Tun Razak (Cucu)
Mohamed Nazir Abdul Razak (Cucu)
Hishammuddin Hussein (Cucu)
Mohd Nizar Najib (Cicit)
Parti politik Parti Perikatan
UMNO
Anak-anak Suhailah Mohamed Noah
Rahah Mohamed Noah
Datin Fakhriah
Abu Rais
Meninggal dunia 6 September 1991(1991-09-06) (umurĀ 94)
Kuala Lumpur, Malaysia