Mohammad_Hatta
Mohammad_Hatta

Mohammad_Hatta

Dr. H. Mohammad Hatta (12 Ogos 1902 - 14 Mac 1980), lebih dikenali sebagai Bung Hatta, ialah Timbalan Presiden Indonesia yang pertama yang dikenang sebagai Bapa Koperasi Indonesia. Nama lahirnya Muhammad Athar. Hatta meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1956 kerana berselisih dengan Presiden Sukarno. Pada 27 November 1956, Hatta dianugerahkan dengan Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta. Pidato pengukuhannya berjudul “Lampau dan Datang”.Anak perempuannya yang bernama Meutia Hatta menjawat sebagai Menteri Negara Pemberdayaan Perempuan dalam Kabinet Indonesia Bersatu, pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.