Mohd_Azhar_Jamaluddin

Datuk Mohd Azhar Jamaluddin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan N56 Changkat Jong. Beliau memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 atas tiket Barisan Nasional /UMNO. Azhar Jamaluddin ialah Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan.DUN Changkat Jong dan DUN Pasir Berdamar terletak dalam parlimen Teluk Intan. Hanyalah Changkat Jong yang mengandungi pengundi Melayu seramai 60% manakala Cina pula 12.61%, India 27.07% dan lain-lain kaum 0.03%. DUN Pasir Berdamar pula menyaksikan majoriti pengundi Cina berjumlah 69.45%, manakala Melayu 33%, India 14.13% dan kaum lain 0.09%.Dalam PRU 2008, calon BN / UMNO Datuk Idris Hashim kalah di tangan calon PAS, Mohd Anuar Sudin dengan majoriti 899 undi. Pada tahun 2004, calon UMNO-BN, Ir.Onn Hamzah menang dengan majoriti 3,611. Undi rosak pada tahun 2008 juga agak tinggi iaitu 410.