Mohd_Hatta_Ramli

Datuk Wira[2] Dr. Mohd Hatta Md. Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018). Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.