Mohd_Khairul_Azam_Bin_Abdul_Aziz

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz (juga dikenali sebagai Buzze Azam[perlu rujukan]) dilahirkan pada 9 Mei 1977 Tanah Rata Cameron Highlands Pahang. Bapanya seorang pemandu teksi dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak ke 6 daripada 9 orang adik-beradik.Beliau membesar Batu Gajah Perak dan bersekolah Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yusuf Batu Gajah Perak. Selepas mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 1989, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak (SEMESTI) selama 2 bulan sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) dan meneruskan pengajian menengah sehingga tingkatan 5.[perlu rujukan]Ketika SMSS, beliau merupakan Pembahas Sekolah serta Pemidato yang mewakili sekolah dan Wilayah Persekutuan ke pertandingan debat peringkat Kebangsaan dan pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Bahasa Melayu Zon Tengah dalam pertandingan debat Piala Perdana Menteri 1993. [perlu rujukan]Bakat kepimpinan beliau terserlah sejak sekolah lagi apabila dilantik sebagai Ketua Pelajar SMSS tahun 1994[perlu rujukan] dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan dalam program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 1994.Selanjutnya, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran Matrikulasi Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya ke Fakulti Undang-Undang UKM sehingga menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) pada tahun 2001.Beliau mendirikan rumah tangga dengan Suhana bt S.Ali pada tahun 2003 Taman Sri Angsana Hilir Kampung Pandan Dalam dan kini[bila?] dikurniakan 4 orang puteri sebagai penyeri keluarga.

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Khairul_Azam_Bin_Abdul_Aziz http://www.kosmo.com.my/terkini/prk-dun-semenyih-p... http://m.utusan.com.my/berita/mahkamah/sultan-tert... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dibebas-tu... http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/sultan-me... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-jo... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tribunal-... https://www.youtube.com/watch?v=rZL7LG-UgTk