Mohd_Shafie_Naswip

Mohd Shafie Naswip (dilahirkan pada 2 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip (Jawi: شافعي نسويڤ) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula menceburi industri perfileman pada usia belasan tahun. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2007 menerusi filem Mukhsin dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem.[1]