Mohd_Taib_Osman

Prof Dr Mohd Taib Osman (lahir 1934) adalah seorang penulis buku kesusasteraan Melayu yang penting. Beliau adalah antara tokoh penting dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau memulakan kariernya sebagai penysarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1959. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A) dan Sarjana (M.A) daripada Universiti Malaya, Singapura. Manakala Ijazah Kedoktoran diterima daripada Indiana University, A.S. Beliau pernah berkhidmat di Adivsory Council, UNESCO dalam bidang pengajian Melayu dan kebudayaan Asia Tenggara pada 1970an dan awal 1980an. Penulisan beliau bukan sahaja dalam bidang kesusateraan Melayu tetapi juga menyentuh tentang masalah kebudayaan nasional.