Molly_Weasley
Molly_Weasley

Molly_Weasley

Molly Weasley, (née Prewett) adalah watak rekaan dalam novel Harry Potter karya J.K. Rowling. Beliau lahir pada 30 Oktober 1950, seorang ibu dan suri rumah tangga, isteri kepada Arthur Weasley dan ibu kepada Bill, Charlie, Percy, Fred, George, Ron, dan Ginny. Molly yang juga ahli Kumpulan Phoenix, adalah anak saudara Ignatius Prewett (yang berkahwin dengan Lucretia Black). Dalam filem, Molly Weasley dilakonkan oleh Julie Walters.Molly menganggap Harry dan Hermione sebagai sebahagian daripada keluarga Weasley. Harry terutamanya, kerana bleh dilihat yang Molly sangat mengambil berat akan dirinya kerana drinya seorang yatim piatu dan tinggal dengan keluarga yang tidak melayannya dengan baik. Ketika Molly membaca tulisan Rita Skeeter tentang cinta segitiga Harry, Hermione dan Krum, dia melayan Hermione dingin (dan turut mengirimnya telur Easter yang lebih kecil dibanding Harry mahupun Ron) sehingga Harry sendiri menjelaskan bahawa cerita tersebut hanyalah bohong belaka. Setelah itu, Molly kembali melayan Hermione seperti semula. Dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, Molly membela Harry dan menyatakan bahawa dia sudah seperti anaknya sendiri. Molly berusaha menjaga rumahnya agar teratur, sebuah tugas yang sukar dengan kehadiran Fred dan George di dalamnya. Molly sendiri sebenarnya tidak begitu patuh pada peraturan, sekurang-kurangnya tidak ketika di Hogwarts, dia dan Arthur sering melanggar peraturan untuk keluar malam. Molly juga mengajar sendiri ketujuh-tujuh orang anaknya di rumah sebelum mereka masuk Hogwarts, yang merupakan pendidikan tidak formal kanak-kanak sihir selain pelajaran formal yang berkemungkinan menghantar mereka ke sekolah Muggle.Molly tidak selalu sependapat dan tidak selesa dengan Sirius Black dan Mundungus Fletcher kerana Molly menganggap Sirius bertindak terburu-buru dan tidak bertanggungjawab manakala Mundungus tidak menjaga Harry ketika Harry diserang Dementor (dan nyaris membuatkan Harry disingkair dari sekolah) serta sering membawa kawah curi ke Markas Kumpulan Phoenix. Sirius juga tidak bersetuju dengan Molly yang dianggapnya berlebihan dalam melindungi Harry dan memperlakukannya seperti budak kecil. Namun, baik Sirius mahupun Molly nampaknya berusaha untuk memendam perselisihan mereka masing-masing, dan Molly tetap membantu Sirius untuk membersihkan dan memasak di Grimmauld Place.Ketika Molly bertemu bakal menantunya, Fleur Delacour, yang sudah bertunang dengan Bill, dia tidak berapa menyukai Fleur (walaupun di mulut menafikannya), seperti juga Ginny dan Hermione. Dia tidak faham bagaimana Bill dan Fleur boleh saling mencintai, sementara perangai mereka begitu berbeza. Molly menganggap perkahwinan mereka terlalu terburu-buru, lebih-lebih lagi keadaan yang masih genting dengan keganasan Voldemort dan Death Eater (walaupun dia dan Arthur turut berkahwin pada usia muda dan pada waktu yang berbahaya). Ginny turut berpendapat yang Molly cuba menjodohkan Bill dengan Tonks dengan cara sering menjemput Tonks untuk makan malam, walaupun sebenarnya Molly memberi nasihat pada Tonks mengenai masalah hubungan Tonks dengan Lupin. Molly akhirnya dapat menerima Fleur setelah Bill digigit oleh Fenrir Greyback dalam Pertempuran di Hogwarts. Molly berpendapat setelah Bill digigit (dan ada kemungkinan menjadi atau memiliki sifat serigala jadian) Fleur tidak akan mahu mengahwininya. Tetapi, Fleur mengejutkan Molly (dan semua orang) bahawa dia akan tetap mencintai Bill, dan demikian pula sebaliknya, dan bahawa luka-luka yang berparut pada Bill akan membuatnya bangga kerana menunjukkan bahawa Bill adalah orang yang berani. Molly sangat menghargai pendapat Fleur ini dan akhirnya merestui hubungan mereka.