Hukuman Mona_Fandey

Hukuman gantung sampai mati ditetapkan pada pagi Jumaat, 2 November 2001 di Penjara Kajang yang baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi Jumaat, ketiga-tiganya digari dan kepalanya ditutup dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59, drop telah dijatuhkan dan ketiga-tiganya telah jatuh ke bawah. Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara, pegawai dan doktor penjara.[6] Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak terlibat. Seorang pegawai mengatakan kepada surat khabar Malay Mail pagi itu bahawa ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. "Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seperti mereka yang terima bahawa mereka akan mati." Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi di pagi hari oleh seorang wakil Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim memberitahu wartawan, "Ketiga[-tiga]nya telah menjalani hukuman mereka pada pagi ini."[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mona_Fandey http://findarticles.com/p/articles/mi_m0WDQ/is_200... http://www.geocities.com/richard.clark32@btinterne... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/4750/w... http://says.com/my/entertainment/dukun-movie-inspi... http://thestaronline.com/news/story.asp?file=/2007... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Nati... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/... http://web.amnesty.org/library/Index/ENGASA2800420... http://www.capitalpunishmentuk.org/fandey.html