Pembunuhan Mona_Fandey

Pada 13 Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menemui Mona Fandey bagi mendapatkan bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit." (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut) Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.[5][6]

Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. [5] Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mona_Fandey http://findarticles.com/p/articles/mi_m0WDQ/is_200... http://www.geocities.com/richard.clark32@btinterne... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/4750/w... http://says.com/my/entertainment/dukun-movie-inspi... http://thestaronline.com/news/story.asp?file=/2007... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Nati... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/... http://web.amnesty.org/library/Index/ENGASA2800420... http://www.capitalpunishmentuk.org/fandey.html