Monopoli

Dalam ekonomi, monopoli (daripada kata gabung bahasa Yunani monos , sendiri atau tunggal + polein , menjual) merupakan penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan atau perkhidmatan dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau sesebuah syarikat.Monopoli berbeza dari monopsoni iaitu cuba ada satu pembeli barang aau perkhidmatan; suatu pembekal monopoli boleh menguasai monopsoni terhadap mana-mana sektor pasaran. Begitu juga, monopoli berbeza daripada kartel (sejenis oligopoli), iaitu beberapa pembekal bertindak bersama untuk menyelaraskan khidmat, harga atau jualan barangan. Monopoli boleh terbentuk secara semula jadi atau penggabungan menegak atau mendatar. Monopoli paksaan terjadi apabila pengamal monopoli berkenaan terang-terangan melarang pesaing dari memasuki bidangnya.Selalunya, undang-undang persaingan mengenakan sekatan tertentu terhadap amalan monopoli. Walaupun pada pokoknya tidak salah di sisi undang-undang untuk mendominasi sesuatu pasaran, namun terdapat perbuatan-perbuatan salah tertentu yang timbul dari dominasi sesebuah perniagaan yang perlu disekat oleh undang-undang. Sebaliknya, monopoli berian kerajaan atau monopoli sah didukung oleh kerajaan untuk memberi insentif untuk melabur dalam perusahaan yang berisiko tinggi atau membantu para pengundi setempat. Kerajaan juga boleh ingin menguasai perusahaan itu secara sendirian, maka terbentuknya monopoli kerajaan.