Geografi Montreal

Rencana utama: Geografi Montreal

Montreal terletak di barat daya provinsi Quebec. Bandaraya Vancouver meliputi kebanyakan Pulau Montreal di kuala Sungai Saint Lawrence dan Ottawa. Pelabuhan Montreal terletak di satu hujung Saint Lawrence Seaway, yang adalah pintu masuk sungai yang memanjang dari Tasik-Tasik Besar ke dalam Lautan Atlantik.[47] Montreal ditakrifkan dengan lokasinya di antara sungai St. Lawrence di bahagian selatannya, dan dengan Rivière des Prairies di bahagian utaranya. Bandar ini dinamakan selepas ciri geografi di pulau, sebuah bukit berkepala tiga digelar Mount Royal, mengatasi di 232 m di atas paras laut.[48]

Montreal berada di pusat Montreal Metropolitan Community, dan dibatasi oleh bandar Laval di bahagian utara, Longueuil, St. Lambert, Brossard, dan kawasan perbandaran lain di selatan, Repentigny di timur dan kawasan perbandaran West Island di barat. Enklaf anglofon Westmount, Montreal West, Hampstead, Côte Saint-Luc, Town of Mount Royal dan enklaf frankofon Montreal East semuanya dikelilingi keseluruhannya oleh bandaraya Montreal.[49]

Cuaca

Montreal terletak di kuala beberapa kawasan cuaca. Biasanya, cuaca diklasifikasikan sebagai benua lembap atau hemiboreal (Klasifikasi cuaca Köppen Dfb).[50]

Bonsecours Market pada musim luruh.

Musim panas Montreal adalah panas, tetapi sering panas dan lembap dengan suhu pukul rata tinggi 26 °C (79 °F) dan rendah 16 °C (61 °F), suhu sering melebihi 30 °C (86 °F). Musim sejuk di Montreal biasanya membawa cuaca yang sangat sejuk, berangin, dan pada waktu tertentu, berais, dengan suhu pukul rata tinggi -5 °C (23 °F) dan rendah -13 °C (9 °F). Meskipun, sesetengah hari-hari panas naik atas beku pada waktu-waktu dibenarkan untuk hujan, sementara lain turun bawah -20 °C (-4 °F) [51]

Musim bunga dan musim luruh adalah nyaman sederhana tetapi mudah terpengaruh dengan perubahan suhu drastik.[52] Gelombang panas musim lewat dan juga "Musim panas Indian" adalah kemunculan umum dan juga ribut salji pada bulan November, March dan April.

Suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah −37.8 °C (−36 °F) pada Januari 15, 1957, dan suhu tertinggi adalah 37.6 °C (100 °F) pada Ogos 1, 1975.[53]

Kerpasan tahunan adalah lebih kurang 98 cm (39 in), termasuk suatu 218 cm (86 in) pukul rata salji turun, yang bermucul dari bulan November hingga Mac. Ribut petir adalah umum bermula pada lewat musim bunga melalui musim panas ke tempoh musim luruh awal, dengan tambahan, sisa-baki ribut tropikal dapat menyebabkan hujan lebat. Bandar ini mendapatkan 2,000 lebih jam sinaran matahari dalam setahun, dengan musim panas dijadikan yang paling banyak sinaran matahari, tetapi juga musim yang sedikit basah.[54]Templat:Montréal weatherbox

Rujukan

WikiPedia: Montreal http://yerevan.am/index.php?page=monreal&lang=eng http://www.airtransat.ca/en/6_2.asp http://www.airtransat.ca/en/Info/contact-us.aspx?E... http://www.bce.ca/en/contact/ http://www.cbc.ca/canada/montreal/story/2006/12/19... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutBirth... http://www.cn.ca/companyinfo/history/en_AboutProfi... http://www.cn.ca/en/contacts.htm http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-... http://www.corporateknights.ca/special-reports/68-...