Moped
Moped

Moped

Moped merupakan sejenis motosikal berkuasa rendah yang direka sebagai alat pengangkutan yang ekonomik dan selamat dengan keperluan pelesenan yang minima. Asalnya moped dilengkapi injak kaki (pedal) yang menyerupai injak basikal (yang menjadi asal-usul istilah moped iaitu motor-pedal), tetapi kemudian moped merujuk kepada motosikal berkuasa rendah tanpa injak, berasaskan had yang dikenakan pada sesaran enjin, kelajuan dan/atau kuasa kuda enjin. Moped ada kalanya menyerupai basikal berenjin, tetapi kini moped menggunakan reka bentuk kerangka "step-through" ataupun kerangka "step-over" yang menyerupai motosikal biasa. Sesetengah negara turut mengklasifikasikan motosikal tiga roda atau empat roda berkuasa rendah sebagai moped.Di kebanyakan negara, had umur bagi memiliki lesen moped adalah lebih rendah daripada lesen memandu untuk motosikal dan kereta. Selalunya kelajuan maksimum moped dihadkan kepada 50 km/j dengan sesaran enjin maksimum 50 cc.