Morfina
Morfina

Morfina

C(AU) C (AS) S8 (AU) CD (UK) ℞-saja (AS)
-Jadual I (Akta),
-Kelas A (UK),
-DEA C-II (AS)Morfina ialah sejenis drug analgesik narkotik yang dijumpai di dalam candu. Tidak seperti kebanyakan opioid, morfina bertindak secara langsung ke atas sistem saraf pusat, terutama di sinapsis nukleus arkuat, untuk melegakan kesakitan. Kesan sampingan daripada pengambilan morfina termasuk gangguan keupayaan mental, euforia, kelalian, keadaan tidak bermaya, dan penglihatan kurang jelas. Drug ini juga mengurangkan selera makan, menghalang refleks batuk, dan menyebabkan sembelit. Morfina selalunya mempunyai kesan menagihkan yang jauh kuat berbanding bahan-bahan yang lain, dengan toleran, dependens fizikal dan dependens psikologi cepat terbina. Pesakit-pesakit yang dirawat dengan morfina sering merungut tentang insomnia dan mimpi buruk.