Morgan_Tsvangirai
Morgan_Tsvangirai

Morgan_Tsvangirai

Morgan Richard Tsvangirai (IPA bahasa Shona /ts͡ɸaŋgiˈra.i/), 10 Mac 1952 – 14 Februari 2018) ialah Perdana Menteri Zimbabwe dari tahun 2009 hingga 2013.Beliau juga Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (MDC), iaitu parti yang meraih majoriti di parlimen Zimbabwe[1], dan juga pembangkang utama terhadap presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Beliau bertanding pusingan pertama pilihan raya presiden 2008, dan meraih 47.8% undian seperti yang diumumkan kerajaan Mugabe, maka meletakkannya di hadapan Mugabe yang meraih 43.2%, tetapi tidak memadai untuk meraih majoriti mudah yang ditetapkan undang-undang Zimbabwe. Parti MDC Tsvangirai mengaku bahawa, dari kiraan mereka sendiri mereka sudah meraih majoriti mudah, serta mendakwa keputusan sebenar mungkin diubah-ubah bila-bila dari waktu pilihanraya hingga laporan keputusan rasmi.[2] Mula-mulanya Tsvangirai hendak bertanding dalam pusingan kedua menentang Mugabe, tetapi menarik diri di saat akhir kerana mendakwa pilihan raya tidak akan dijalankan dengan adil akibat keganasan dan penindasan berleluasa oleh penyokong kerajaan.

Morgan_Tsvangirai

Lahir Morgan Richard Tsvangirai
(1952-03-10)10 Mac 1952
Gutu, Rhodesia Selatan
(kini Zimbabwe)
Timbalan Thokozani Khuphe
Arthur Mutambara
Didahului oleh Masotsha Ndhlovu
Tandatangan
Pasangan Susan Mhundwa (k. 1978; her death 2009)
Elizabeth Macheka (k. 2011)
Digantikan oleh Wellington Chibebe
Parti politik Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (sebelum 1987)
ZANU-PF (1987–1999)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (1999–2005)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik-Tsvangirai (2005–kini)
Anak-anak 7
Meninggal dunia 14 Februari 2018(2018-02-14) (umur 65)
Johannesburg, Afrika Selatan
Laman sesawang Laman sesawang pemerintah
Laman sesawang parti
Presiden Robert Mugabe

Rujukan

WikiPedia: Morgan_Tsvangirai http://www.afrol.com/News2002/zim010_mdc_murder_pl... http://www.europeanvoice.com/archive/article.asp?i... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://www.nytimes.com/aponline/world/AP-Zimbabwe.... http://www.usatoday.com/news/world/2008-05-02-zimb... http://news.yahoo.com/s/ap/20070312/ap_on_re_af/zi... http://zimbabwemetro.com/2008/04/02/final-house-of... http://www.zimbabwesituation.com/apr10_2001.html#l...