Motor_aruhan
Motor_aruhan

Motor_aruhan

Motor aruhan atau motor tidak segerak merupakan sejenis motor AC di mana kuasa dibekalkan kepada rotor melalui aruhan elektromagnet.Motor elektrik berputar kerana daya magnet dikenakan antara elektromagnet pegun dipanggil stator dengan elektrimagnet berputar dipanggil rotor. Dalam motor DC serta motor AC gelang gelincir, arus dibekalkan kepada rotor melalui sesentuh bergerak dipanggil komutator serta gelang gelincir. Dalam motor aruhan pula, arus diaruhkan ke dalam rotor tanpa sebarang sentuhan oleh medan magnet stator, melalui aruhan elektromagnet. Motor aruhan kadang-kadang digelar sebagai transformer bergerak kerana stator membentuk bahagian primer transformer manakala stator membentuk bahagian sekunder transformer. Tidak seperti transformer biasa yang mengubah arus menggunakan fluks berkadaran masa, motor aruhan pula menggunakan medan magnet berputar untuk menukar voltan. Arus pada bahagian primer menghasilkan medan elektromagnet yang bertindak balas dengan medan magnet di bahagian sekunder bagi menghasilkan kilasan, dan seterusnya menukar tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Motor aruhan digunakan secara meluas, terutamanya motor aruhan berbilang fasa, yang sering digunakan dalam industri.Motor aruhan menjadi pilihan utama sebagai motor industri kerana binaannya yang tahan lasak, ketiadaan berus yang mengurangkan kecekapan mekanikal (yang amat diperlukan dalam kebanyakan motor DC) serta — hasil teknologi elektronik kuasa moden — keupayaan untuk mengawal kelajuannya.

Rujukan

WikiPedia: Motor_aruhan http://books.google.com/books?id=85AOAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=Itg3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=TvwHAAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=fRSOIHe7gyIC&pg=P... http://books.google.com/books?id=ffpOAAAAMAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=h2DTNDFcC14C&pg=P... http://books.google.com/books?id=hbM_AAAAYAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=r9U3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=r_dOAAAAMAAJ&prin... http://aungwin.htut.googlepages.com/inductionmotor...