Motor_linear
Motor_linear

Motor_linear

Motor linear atau motor aruhan linear ialah sejenis motor elektrik berarus ulangalik pelbagai fasa yang memiliki pemegun (stator) dan pemutarnya (rotor) yang linear dan selari, dan tidak silinder dan sepaksi. Ia menghasilkan daya linear selari dengan jaraknya dan bukannya kilasan (putaran). Kaedah operasinya yang paling lazim ialah jenis penggerak Lorentz yang membenarkan daya dikenakan secara linear dengan berkadaran ke atas arus elektrik dan medan magnet (F = qv × B).Pelbagai rekaan telah dicadangkan untuk merealisasikan motor linear. Semuanya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu berpecutan rendah dan tinggi. Ciri-ciri seterusnya adalah seperti berikut:

Sistem Kereta api Maglev buatan Transrapid berdasarkan rekaan LSM. Selain motor jenis pecutan tinggi, motor-motor lain yang berkelajuan dan berkuasa tinggi turut berasaskan rekaan LSM. Sementara itu, rekaan LIM pula direka khusus untuk memecut objek sehingga kelajuan tinggi dan kemudiannya dilepaskan sebagaimana yang diterapkan pada roller-coaster. Apabila motor linear digunakan untuk memecut sinaran ion-ion atau zarah-zarah subatom, ia dipanggil pemecut zarah. Rekaan ini agak berbeza kerana zarah-zarah itu bergerak sehingga hampir mencapai kelajuan cahaya dan selalunya memiliki cas elektrik.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.