Watak-watak Mr._Bean

Mr. Bean

Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.

Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.

Watak lain

Mr. Bean dan Teddy

Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddy, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

Kereta mini Mr. Bean.

Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna kuning dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.