Mufti

Sebahagian siri
Usul al-fiqh
Mufti (Bahasa Arab: مفتى‎) ialah seorang sarjana, tokoh atau jawatan yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah negeri atau negara, terutama di kalangan sarjana sendiri untuk membuat keputusan penting tentang agama Islam, khususnya fatwa yang diminta oleh orang awam. Oleh itu, Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[1]Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.