Mufti Negeri Sembilan
Mufti Negeri Sembilan

Mufti Negeri Sembilan

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ialah pegawai agama yang bertanggungjawab dalam membuat fatwa di Negeri Sembilan. Penyandang jawatan ini merupakan ketua bagi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Di awal penubuhan jawatan ini, Mufti Kerajaan Negeri mengetuai Majlis Mesyuarat Agama yang ditubuhkan pada 1950[1]. Bermula 1997, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ditubuhkan sebagai sebuah jabatan berasingan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.