Muggle

Muggle ialah panggilan ahli-ahli sihir kepada manusia yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau kemahiran mengenai ilmu sihir dalam siri Harry Potter. Ahli-ahli sihir yang lahir daripada keturunan asal keluarga yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan sihir amat taksub akan identiti mereka dan memandang rendah atau memandang hina kepada manusia biasa atau kepada ahli-ahli sihir yang berpengetahuan sihir tetapi dilahirkan separuh keturunan sihir atau keturunan yang memang asal-usulnya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang sihir. Mengikut legenda, Salazar Slytherin iaitu antara pengasas Hogwarts dan Rumah Slytherin, yang memulakan agenda tersebut dengan hanya memandang bahawa sihir hanya patut diajar kepada keturunan sihir sahaja. Pandangan ini disebabkan pada ketika itu, golongan ahli sihir telah ditindas dengan teruk oleh golongan Muggle ini.