Muhamad_Nizam

Muhamad Nizam Md Norani atau dikenali sebagai Nizam OAG (lahir 7hb Januari 1978 di Taiping, Perak) merupakan pemain gitar kumpulan OAG. Nizam OAG mula menyertai OAG pada hujung Disember 2004 dan memulakan persembahan pertamaya bersama OAG pada awal Januari.Nizam OAG mempunyai kelayakan Diploma In Music Production dari Manchester MIDI School, Manchester, United Kingdom dan turut bergiat dalam menganjurkan gig-gig tempatan dan konsert-konsert indie. Antara kejayaan Nizam adalah menganjurkan Konsert Indie Fest di Menara Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan 2009. Mendapat liputan meluas dari penganjuran tersebut oleh pelbagai pihak. Dia dilabelkan antara perintis baru dan menyambung perjuangan rakan-rakan yang memulakan perjuangan muzik dari zaman underground. Nizam OAG menjadikan River Cuomo dari kumpulan Weezer sebagai idola hidupnya. Mengagumi Tan Sri P.Ramlee, Ian Brown dan John Squire (The Stone Roses), Ian Broudie (Lightning Seed), A.C.A.B dan Subculture sebagai pengaruh muziknya. Sehingga rencana ini ditulis, beliau masih aktif bersama band OAG dan dalam proses merakamkan single terbaru berjudul Bawah Tanah Ayer untuk dirilis pada 2014.