Muhammad_Pehimi_bin_Yusof
Muhammad_Pehimi_bin_Yusof

Muhammad_Pehimi_bin_Yusof

YB. DATO' HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF berasal dari Besut, Terengganu Darul Iman. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Jertih. Beliau berkahwin dengan Roslida binti Daud iaitu seorang jururawat dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah Degree Master of Arts (Social Work) di Awang Had Salleh Graduate School, Universiti Utara Malaysia. Beliau juga berkelulusan Diploma Pertanian dari UPM Serdang. Terkini beliau sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) juga di Awang Had Graduate School, Kolej Sastera dan Sains , Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengajian Sosial (social Studies). - Rujuk SUB Pendidikan bahagian bawah.

Setelah tamat pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1984, beliau telah bertugas dengan lembaga pertubuhan peladang dibeberapa daerah dalam Negeri Terengganu. Sebelum menjadi Adun beliau juga melibatkan diri dalam bidang politik, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya ialah Ketua Pemuda Bahagian Besut, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, AJK Biro Pembangunan Ekonomi Malaysia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha badan perhubungan UMNO negeri & Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu kerana mempunyai kelayakkan dalam bidang tersebut. Beliau turut dilantik menjadi Pengerusi Jentera Dasar Sosial Ekonomi Negara di Peringkat Akar Umbi (NADI) DUN Kota Putera. Muhammad Pehimi turut aktif dalam sukan badminton dan menjadi Yang Di Pertua Persatuan Badminton Daerah Besut.27 Nov 2014 - Dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri dengan memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.1 OGOS 2016 - Adun Jertih YB  Dato’ Mohammad Pehimi Yusof bertukar daripada portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri.