Muhammad_Usamah_Zaid_Yasin

Muhammad Usamah Zaid Yasin (lahir 19 Disember 1983) merupakan seorang animator Malaysia.[1] Beliau merupakan salah seorang individu penting di sebalik kejayaan siri animasi Upin dan Ipin seterusnya kejayaan filem yang mengadaptasi watak itu, Geng: Pengembaraan Bermula.[2] Beliau merupakan pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.[3]