Muhammadu_Buhari
Muhammadu_Buhari

Muhammadu_Buhari

Muhammadu Buhari (lahir pada 17 Disember 1942) adalah Presiden Nigeria mulai Mei 2015[4] dan Mejar Jeneral bersara dalam Tentera Darat Nigeria yang pernah menjadi Ketua Negara Nigeria dari 31 Disember 1983 hingga 27 Ogos 1985 setelah melakukan rampasan kuasa ketenteraan.[5][6] Pemerintahan tentera Buhari digelar sebagai Buharisme.[7][8]Beliau bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2003, 2007 dan 2011 tetapi gagal. Pada Disember 2014, beliau terpilih sebagai calon presiden All Progressives Congress untuk pilihan raya Mac 2015. Buhari memenangi pilihan raya 2015 dengan mengalahkan penyandang jawatan Presiden iaitu Goodluck Jonathan. Buhari berasal dari Daura di Negeri Katsina; beliau berketurunan etnik Fulani.[1][2] Seandainya beliau menjawat pada bulan Mei seperti yang dijangka, ini akan menandakan kali pertama berlakunya peralihan kuasa yang damai daripada penyandang kerajaan terpilih umum kepada ahli pembangkang yang terpilih umum sejak kemerdekaan Nigeria pada 1960.Buhari telah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala yang terjadi di bawah penyeliaannya ketika zaman pemerintahan tentera dengan berkata bahawa beliau tidak dapat mengubah zaman lampau. Beliau juga menyifatkan dirinya sebagai "converted democrat".[9]

Muhammadu_Buhari

Lahir (1942-12-17) 17 Disember 1942 (umur 77)
Daura, Nigeria British[1][2]
Pangkat Mejar Jeneral
Didahului oleh Musa Usman
Kerakyatan Nigerian
Alma mater
Digantikan oleh Ibrahim Babangida
Pasangan
  • Safinatu Yusuf (1971–1988)
  • Aisha Halilu (1989–kini)
Tahun perkhidmatan 1961–1985
Parti politik All Progressives Congress
Kesetiaan  Nigeria
Anak-anak
10
  • Zulaihat
  • Fatima
  • Musa
  • Hadiza
  • Safinatu
  • Aisha
  • Halima
  • Yusuf
  • Zarah
  • Amina
Laman sesawang thisisbuhari.com
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat Nigeria
Naib Presiden Yemi Osinbajo
Menggantikan Goodluck Jonathan