Muka_Surat_Cinta

Muka Surat Cinta (judul asal Perempuan Mukasurat Tujuh) merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2014 arahan Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini menggabungkan pelakon dari tiga negara, iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei, dan dibintangi oleh Mikail Andre, Azwan Kombos, Afiera Riana, Atikah Suhaime dan Nina Iskandar dan ditayangkan pada 16 Januari 2014. Ia mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel terlaris bersikap dingin dengan isterinya, kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.[1]