Mukim_Bechah_Mulong
Mukim_Bechah_Mulong

Mukim_Bechah_Mulong


Mukim Bechah Mulong merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kelantan. Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict). Tidak seperti mukim lain, Mukim Bechah Mulong ini telah dibangunkan sejak 1950-an oleh Kerabat Wan Nawang dan mempunyai jalan negeri D125 menunjukkan kepesatan lalu lintas dan kewujudan jalan sebelum tahun 1957.Mukim ini juga memiliki pekannya sendiri yang sebelum ini dikenali sebagai Kedai Baru beroperasi sehingga sekitar tahun 1955 sebelum sepenuhnya ditutup disebabkan penjajahan komunis dan ditutup sehingga ke hari ini.Asal nama Bechah Mulong adalah terdiri dari dua perkataan Bechah yang melambangkan satu kawasan lapang becak berselut dan Mulong merujuk kepada satu pokok Mulong besar yang terdapat di situ. Bechah Mulong sebenarnya merujuk kepada satu kawasan pemeliharaan Gajah yang dipelihara oleh Wan Nawang, yang terletak di belakang rumah cicitnya sekarang ini Wan Ahmad Wan Jusoh. Gajah-gajah ini dipelihara dan ditambat pada pokok Mulong ini, malah di sana juga terdapat satu pokok Kuing besar yang masih wujud sekitar 2010.Di bawah mukim ini juga, terdapat satu lagi kawasan ternakan gajah yang terletak di sebelahan kampung Bechah Mulong yang dinamakan sebagai Kampung Bechah Keranji. Gajah-gajah ini dikatakan dibawa masuk dari Pattani oleh Wan Nawang dan kerabatnya melalui jalan laut masuk ke Sungai Besar Pengkalan Datu pada akhir tahun 1890-an.Sehingga kini, masih terdapat alatan dan tapak peliharaan gajah sebagai tinggalan sejarah yang makin dilupakan. Bechah Mulong memiliki sejarah misteri dengan kehadiran bangsawan bernama Wan ini yang bukan sahaja memliki gajah yang tidak boleh dimiliki oleh rakyat biasa, malah turut memiliki tanah jajahan yang di perintah oleh keturunan Wan ini sehingga ke hari ini yang merentasi Limbat, Perol, Melor, Aril, Pauh Lima dan Peringat di mana Bechah Mulong terletak di tengah-tengah kawasan jajahan ini.