Ekonomi Mumbai

Rencana utama: Ekonomi Mumbai
Bursa Saham Bombay adalah bursa saham terlama di AsiaNariman Point

Mumbai merupakan bandaraya terbesar di India dan juga pusat kewangan dan perdagangan negara yang menjana 6.16% daripada jumlah KDNK.[9][83][114] Mumbai berfungsi sebagai pusat ekonomi India yang menyumbangkan 10% pekerja kilang, 25% keluaran industri, 33% hasil cukai pendapatan, 60% hasil cukai kastam, 20% hasil cukai eksais pusat, 40% perdagangan luar negara India dan cukai korporat ₹ 40 bilion.[115]

KDNK Mumbai adalah ₹ 200,483 crore,[114] manakala pendapatan per kapitanya adalah pada ₹ 128,000,[6] tiga kali purata seluruh negara.[56] Kebanyakan konglomerat terunggul di India (termasuk Larsen and Toubro, State Bank of India, Life Insurance Corporation of India, Tata Group, Godrej dan Reliance),[83] dan lima syarikat dalam senarai Fortune Global 500 bertapak di Mumbai.[116] Banyak bank dan institusi kewangan luar negara juga membuka cawangan di kawasan ini,[83] terutama sekali Pusat Dagangan Dunia.[117]

Hingga 1970-an, kemakmuran Mumbai terutama dipacu oleh kilang tekstil dan pelabuhan, tetapi sejak itu ekonomi tempatan telah dipelbagaikan dengan kejuruteraan, penggilapan berlian, penjagaan kesihatan dan teknologi maklumat.[118] Pada tahun 2008, Globalization and World Cities Study Group (GaWC) menarafkan Mumbai sebagai "bandaraya dunia alfa", iaitu peringkat ketiga dalam pengkategorian bandaraya globalnya.[119] Mumbai merupakan pasaran pejabat keempat termahal di dunia.[120] Mumbai ditempatkan di kalangan bandaraya India yang paling cepat untuk memulakan perniagaan pada tahun 2009.[121]

Sebuah kawasan perumahan golongan kelas tinggi di Mumbai merupakan lambang pertumbuhan golongan kelas menengah di India.

Sebahagian besar tenaga kerja di India terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri dan awam. Mumbai juga diduduki oleh ramai pekerja sendiri yang tak mahir atau separa mahir, yang mencari nafkah sebagai penjaja, pemandu teksi, mekanik dan lain-lain pekerjaan kolar biru. Industri pelabuhan dan perkapalannya juga mantap sekali, dengan Pelabuhan Mumbai sebagai salah sebuah pelabuhan tertua dan terpenting di India.[122] Di Dharavi di tengah Mumbai, terdapat industri pengitaran semula yang semakin berkembang besar, yang memproseskan sisa buangan yang boleh dikitar semula dari seluruh bandaraya; daerah Dharavi ada kira-kira 15,000 kilang berbilik bujang.[123]

Kebanyakan rangkaian televisyen dan satelit, dan syarikat penerbitan yang terbesar di India, beribu pejabat di Mumbai. Pusat perfileman bahasa Hindi, iaitu Bollywood, merupakan pengeluar filem terbesar di India dan juga salah sebuah industri filem terbesar di dunia, di samping menjadi pusat perfileman bahasa Marathi.[124][125] Seiring dengan seluruh India, Mumbai selaku pusat perdagangan telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak peliberalan dilaksanakan pada tahun 1991, disusuli kepesatan kewangan pada pertengahan dekad 1990-an dan perkembangan IT, eksport, perkhidmatan dan penyumberan luar pada dekad 2000-an.[126]

Mumbai menduduki tempat ke-48 dalam Indeks Pusat Perdagangan Sedunia 2008.[127] Pada April 2008, Mumbai menduduki tangga ketujuh dalam senarai "Top Ten Cities for Billionaires" oleh majalah Forbes,[128] dan yang pertama dari segi purata kekayaan jutawan berkenaan.[129]

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...