Pendidikan Mumbai

Sistem sekolah di Mumbai terdiri daripada "sekolah perbandaran" (sekolah awam kendalian BMC) atau sekolah swasta (kendalian amanah atau individu) yang kadang-kadang menerima bantuan kewangan dari kerajaan.[228] Bahasa perantaraan utama sekolah di Mumbai adalah bahasa Marathi atau Inggeris.[229] Sekolah awam kendalian kerajaan serba kekurangan dari segi kemudahan, tetapi menjadi satu-satunya pilihan penduduk miskin yang tidak mampu menghantar anak ke sekolah swasta yang lebih mahal.[230]

Mengikut rancangan "10+2+3/4", para pelajar menghabiskan sepuluh tahun bersekolah, kemudian menghadiri Maktab Rendah selama dua tahun mengikut aliran seni, perdagangan, atau sains.[231] Selepas itu, pelajar mengambil kursus ijazah am dalam bidang pilihannya, atau kursus ijazah profesional seperti undang-undang, kejuruteraan dan perubatan.[232] Kebanyakan kolej di Mumbai bersekutu dengan Universiti Mumbai, salah sebuah universiti terbesar di dunia dari segi bilangan siswazah.[233]

Selain Universiti Mumbai, terdapat juga institusi pengajian tinggi yang berpengkhususan seperti Institut Kejuruteraan Industri Kebangsaan (NITIE), Institut Teknologi India (Bombay),[234] Institut Teknologi Veermata Jijabai (VJTI),[235] Institut Universiti Teknologi Kimia (UICT)[236], antara maktab kejuruteraan dan teknologi terunggul di India. Terdapat juga sekolah pengurusan seperti Institut Kajian Pengurusan Jamnalal Bajaj (JBIMS), Institut Pengurusan dan Penyelidikan S P Jain dan lain-lain lagi.[237] Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Kolej Sydenham, masing-masing maktab perundangan dan perdagangan yang tertua di India, sama-sama bertapak di Mumbai.[238][239] Sekolah Kesenian Sir Jamsetjee Jeejebhoy adalah institusi kesenian tertua di Mumbai.[240] Tidak lupa juga institusi pengajian yang hanya menerima pelajar perempuan seperti Universiti Wanita SNDT.[241]

Mumbai juga tempat terletaknya dua institusi penyelidikan tersohor, iaitu Institut Penyelidikan Asas Tata (TIFR), dan Pusat Penyelidikan Atom Bhabha (BARC).[242] BARC mengendali sebuah reaktor nuklear 40 MW bernama CIRUS dalam kemudahannya di Trombay.[243]

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...