Sukan Mumbai

Stadium Brabourne, salah sebuah stadium kriket tertua di negara.

Kriket merupakan sukan yang paling digemari warga Mumbai. Disebabkan kekurangan tanah lapang, orang ramai bermain kriket di belakang rumah di merata kota. Mumbai juga merupakan pengkalan Lembaga Pengelola Kriket India (Board of Control for Cricket in India, BCCI)[244] dan Liga Perdana India(IPL).[245] Pasukan kriket Mumbai mewakili bandaraya mereka dalam kejohanan Piala Ranji yang dimenanginya 39 kali, iaitu yang terbanyak di kalangan semua pasukan.[246] Mumbai juga diwakili oleh pasukan Mumbai Indians di Liga Perdana India.

Di Mumbai ada dua arena krikey antarabangsa, iaitu Stadium Wankhede dan Stadium Brabourne. Perlawanan test kriket pertama di India berlangsung di Bombay Gymkhana di Mumbai.[247] Acara kriket terbesar yang pernah diadakan di Mumbai setakat ini adalah perlawanan akhir Piala Juara ICC 2006 yang berlangsung di Stadium Brabourne.[248] Antara pemain kriket tersohor dari Mumbai termasuk Sachin Tendulkar[249] dan Sunil Gavaskar.[250]

Bola sepak tidak kurang hebat sambutannya di Mumbai kerana ramai yang setia mengikuti perkembangan Piala Dunia FIFA dan Liga Perdana Inggeris.[251] Di I-League, Mumbai diwakili oleh tiga pasukan, iaitu Mumbai FC,[252] Mahindra United[253] dan Air-India.[254] Hoki adalah antara sukan yang terpaksa menyaingi kehebatan kriket di Mumbai yang menempatkan pasukan Maratha Warriors, satu-satunya pasukan Maharashtra yang bertanding dalam Premier Hockey League.[255]

Setiap Februari, Mumbai mengadakan dua perlumbaan derby berasingan, di Balapan Mahalaxmi dan Turf Club.[256] Berikutan sambutan terhadap Formula Satu semakin hangat,[257] pada tahun 2008, kereta pasukan F1 Force India diperkenalkan Mumbai.[258]

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...