Murtabak

Martabak[1] (Jawi: مرتابق, daripada bahasa Arab: مطبق‎ "terlipat") atau juga dikenali sebagai murtabak ialah sejenis makanan seperti roti canai tetapi ber­lapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang, dsb. Ia dijual di rantau Asia Tenggara di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Thailand, dan juga di Semenanjung Arab di Arab Saudi, Yaman. Salah satu akal adalah ia mungkin datang daripada pendatang Muslim India dari Tamil Nadu yang bertempat di Asia Tenggara dan Semenanjung Arab.[2]Nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat, namun ia tetap menjadi makanan jalanan di Malaysia, terutama sekali di Johor, Singapura, dan Indonesia. Martabak ada dua jenis iaitu martabak ayam dan daging.[3] Di Kelantan, terdapat hidangan martabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja.[4] Makanan ini terkenal di seluruh Malaysia.[5] Murtabak Raja merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga diraja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada khalayak umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.[6]Di Malaysia, martabak pada dahulunya dijual di kedai dan gerai Muslim India, dan selalunya mengandungi daging cencang (lembu atau ayam, kadangkala daging kambing dengan bawang putih, merah dan telur, dan dimakan dengan kari, timun, sirap atau sos tomato. Ia boleh didapati di seluruh pelosok negara, dengan sedikit perbezaan dalam bahan dan cara memasak, dan telah diserap oleh penjaja Melayu juga. Di Yaman, martabak mengandungi daging kambing.Di Indonesia, martabak juga antara makanan jalanan yang popular. Ada dua jenis: yang biasa dan gurih dengan telur (martabak telur), dan yang manis (martabak manis, namun di Malaysia ia dipanggil apam balik).[2]Di Singapura, martabak sayur dan martabak berinti ayam dan lain-lain wujud dan boleh didapati di restoran Muslim India di Little India dan Arab Street.[7][8]