MusicBrainz
MusicBrainz

MusicBrainz

MusicBrainz ialah suatu projek yang bertujuan mencipta pangkalan data muzik kandungan terbuka. Sama seperti projek freedb, ia telah ditubuhkan sebagai tindak balas pada sekatan yang dikenakan pada CDDB. Walau bagaimanapun, MusicBrainz telah mengembangkan matlamatnya bagi mencapai melampaui gudang metadata cakera padat bagi menjadi pangkalan data dalam talian terbuka berstruktur untuk muzik.[2][3]MusicBrainz mengumpul maklumat mengenai artis, rakaman karya mereka, dan hubungan antara mereka. Kemasukan rakaman karya mencatatkan sekurang-kurangnya tajuk album, runut tajuk, dan panjang setiap runut. Kemasukan ini dikekalkan oleh penyunting sukarelawan yang mematuhi garis gaya panduan bertulis komuniti. Karya yang dicatatkan boleh menyimpan maklumat tambahan mengenai tarikh keluaran dan negara, ID CD, seni pada kulit/penutup, cap jari akustik, teks anotasi bebas bentuk dan metadata yang lain. Sehingga 3 Oktober, 2013, MusicBrainz mengandungi maklumat mengenai secara kasar 800,000 artis, 1.2 juta siaran, dan 13 juta rakaman.[4]

MusicBrainz

Pemilik MetaBrainz Foundation
Dicipta oleh Robert Kaye
Pengiklanan? Tidak
Pendaftaran perlu untuk menyunting data
Laman sesawang http://musicbrainz.org/
Kedudukan Alexa 31,630 [1]
Jenis laman Ensiklopedia muzik dalam talian